ape ni

Thursday, 17 October 2013

Ikhtilat

IKHTILAT

Apakah ikhtilat itu haram? Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya. Istilah syariat yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: · Percampuran wanita dengan lelaki yaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. · Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini ? Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal? Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan? Jawapannya ialah; Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus. Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram, maka la adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya `al-mufassat fi al-mar ah’ yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah: 1) Harus kerana terpaksa (dhorurah) Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbedaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini kedaaan-keadaan dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut. 2) Harus kerana keperluan (hajat) Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

a) Ikhtilat karena urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarat. Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan. b) Ikhtilat karena melakukan kerja kehakiman. Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja sperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain. c) Ikhtilat karena menjadi saksi. Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi. d) Ikhtilat karena amar ma’ruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya `al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab r.a. telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya. e) Ikhtilat karena melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasaan yang syar’ie seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah s.a.w. dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda. f) Ikhtilat karena memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya. Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar’ie Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah s.a.w dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bereri bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu. g) Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar’ie. h) Ikhtilat karena kerja-kerja jihad. Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama Nabi s.a.w. merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah. i) Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. Antara suasana yang diharuskan , ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal. j) Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan. Tersebut dalarn kitab Muwatta persoalan: Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya? Berkata Malik: Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan.Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebaginya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.

Adab-adab dalam pergaulan antara lelaki dan wanita Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan. Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan : a) Ucapan yang makruf dan sopan. Firman Allah: Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia. b) Menundukkan pandangan. Dalam surah an Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-rnasing khususnya dalarn suasana takutkan fitnah. c) Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w. ) bersabda: Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia mahramnya. d) Menghindari tempat shubhat. Sabda Rasulullah SAW: Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…. (Riwayat Bukhari). Adab khas untuk wanita. e) Iltizam dengan pakaian Islam. Firman Allah: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabrruj. f) Serius dalam ucapan. Tidak `mengada-ngada` atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah: Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu. g) Menjaga pergerakan. Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lituk dan lenggak lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan. Daripada pembentangan di atas ternyata bahawa rnenjadi pengacara majlis, peragawati, penyanyi dan penari adalah haram kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah di tetapkan oteh ulama lslam.

APA YANG SALAH ??? Hati kita sering tertanya-tanya... Apa yang salahnya ikhtilat ini?? Dimanakah salahnya ikhtilat ini??? Mengapa salah?? Sememangnya hati senantiasa berperang dengan nafsu. Nafsu senantiasa membenarkan apa yang diharamkan. Mungkin hati kita terasa remeh dengan factor-faktor tegahan ikhtilat ini namun ia memberi impak maksima pada maruah, hati, diri dan seterusnya rantaian hubungan dengan Allah. Apa yang dilarang??

1. MELIHAT ( ) ﺮﻈﻨﻟا " Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka...... dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka" Surah An-Nur 30-31

Sabda Rasulullah SAW : " Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu" Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi

2. SENTUH ( ) ﺢﺴﻤﻟا Sentuhan amat beracun kerana lelaki dan perempuan mempunyai kuasa magnet yang positif+negetif. Ada kutub utara+kutub selatan. Dalil sudah sedia maklum tentang pengharaman sentuhan lelaki/perempuan.

3. BERCAKAP LEMBUT ( ) عﻮﻀﺤﻟا ﻲﻓ لﻮﻘﻟا " Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik." Surah Al-Ahzab 32

4. TIADA PENDINDING ( HIJAB ) " Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka (isteri-istri nabi) mintalah dari sebalik tabir. Cra demikian lebih baik bagi hati kamu dan hati mereka" Surah Al-Ahzab 53

5. KHALWAT " Tidak boleh bersunyi dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim" Riwayat Imam Bukhari

PECAHAN IKHTILAT Ikhtilat pula terbahagi kepada 2 iaitu : 1. Ikhtilat ghoiri syar'ie 2. Ikhtilat syar'ie

IKHTILAT GHOIRI SYAR'IE : 1. Percampuran yang boleh menghilangkan maruah 2. Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah 3. Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam 4. Bukan berhajat, yakni tidak mempunyai sebarang hajat. 5. Tidak ikut adab Islam. Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan. Ikhtilat seperti ini hendaklah dicegah jika bertepatan dengan syarat. IKHTILAT SYAR'IE : 1. Mempunyai hajat 2. Tempat menuntut ilmu 3· Medan jihad 4· Gerakan dakwah. Amar makruf nahi mungkar 5· Menziarah 6· Menghadiri jemputan contoh, kenduri kahwin dlll 7· Menunaikan haji dan Umrah 8· Musafir syar'ie 9· Muhasabah kepimpinan contoh, mesyuarat agung, pembentangan 10· Menjadi saksi 11· Menyaksikan hukuman contoh, menyaksikan hukuman hudud SYARAT2 IKHTILAT : 1. Tidak bersentuhan 2. Menjaga aurat 3. Menjaga adab bercakap 4. Mengasingkan tempat ( pada tempat-tempat tertentu ) 5. Dibawah kawalan orang yang dipercayai dan siqah.

Diposkan oleh qoqom veerzaara di 18.35

Tuesday, 27 August 2013

Arabica whitee coffee

Kehidupan sebagai saudagar arabica white coffee arabica telah bermula.actually bln lps dah mula dah.hehe.masa raya stop jap..then ramai mula bising,bila nak hantar kopi lg.maknanya? Alhamdulillah..market dah berkembang...

Tuesday, 16 July 2013

Ape nak jadi ngan aku ni..

Pehal dgn tajuk tu?eh sukati aku aa nak letak hape.
Anyhow..just nak hapdet gambo my little princess ...Nur 'Aliya Husna

Thursday, 21 February 2013

Keje...keje...n keje...

Penah dgr pepatah melayu berbunyik...there ia no bad soldier..there is only bad captain...

Senang cite...jgn nak salah kan org lain atau nak salahkan org bawahan korg yg x reti buat keje..salahkan diri sendiri yg x pandai memimpin...

Pis yo !

Tuesday, 12 February 2013

selasa oredi

dem...time running very2 dem fast...esok dah nak rabu..tetibe je dah jumaat.n then muncul another weekend.yg best nye..keje yg sedia ada x setel2 lg.

bersyukur la keje byk..drp xde pekerjaan...

moral of the day...bekojo la kito sekuek nyo...

Friday, 8 February 2013

minggu ini sgt laju

tetibe je hari jumaat dah...keje masih berlambak...bos suruh folo thru laju2
kang kalo buat stail cam kat tempat lama kang...kompem ramai panas pungkok...

what should i do?

Thursday, 7 February 2013

obstacle is an oppurtunity

lately ni lu org ade perasan tak iklan mentol banyak2 pastu pecah2....then lastly kuar la ayat dari pakcikThomas Alva edison, yg apabila dimelayukan akan berbunyi camni :

gua bukannya gagal bro...gua cuma terjumpa 1000 cara salah untuk mencipta mentol...lu org ada?

haha

so..ape kaitan dgn tajuk aku kat atas tu? senang cite camni la...gua sekarang tgh kerja as an executive...tp kan skrg ni gua buat kerja2 yg 2 level lagi atas gua.kira cam level2 senior executive aaa...so lu org rase gua bongok ke sebab buat kerja lebih2 atau gua nak tunjuk rajin je kat bos gua?
teetttt....masa dah tamat haha....
kite kene berpikiran positif beb.lantak pi la aku keje cam nak mati ke hape ke..aku sentiasa n will always try my best to take things positively. kalau aku duk mengeluh hari2..sampai bila pun kerja tak setel.so better jadikan semua halangan/cabaran/onak duri/kerja berlambak nak mampus..sebagai satu peluang utk kita majukan diri kita sendiri.

bak kata Muqarrabin...ala budak uitm yg duk panjat2 gunung tu...:
kalau bukan kita..siapa?
kalau bukan sekarang...bila?

so tepuk dada tanya iman...jgn tanya aiman..nanti aiman kate die tak kisah...eh bole bergurau pulak...

gua kenal mak lu...chow !!!

Wednesday, 6 February 2013

Wordless wednesday

Dah mcm polis dah..kene usung hari2...siap ade attach wayar tambahan.gile busy.pui !


Tuesday, 5 February 2013

pasal keje

bole x kali ni gua nak cite pasal keje....?sape sokong angkat tangan !!!
fark..pakcik tu angkat dgn kaki2 sekali.agak2 aa pakcik..cam nak bodek gua je.

gua kan..xla bagus sgt keje.tp gua sakit hati aa bile tgk org lain keje x sepenuh hati.kamon aa beb.lu org x tau ke yg keje tu adalah satu ibadah.lu org sedar x...duit gaji yg kampeni korg kasi tu la yg korg bg mkn anak bini.so kalau dah keje x betul..buat kerja x penah siap..buat keje aambil lewa..kompem2 aa x berkat gaji korg tu.

kadang2 kan..aku..sakit hati bile dgr org duk komplen keje byk..keje cam bangla.hari2 keje 8pg blk 5 ptg.ek ele gua keje 5pagi sampai 7 mlm x kecoh pun. nak wat cane kan...dah kita kerja mkn gaji.buat je la keje yg kene buat tu.kalau tanak..pegi aa bukak kampeni sendirik.n at dat time..x yah ngade2 nak amik aku jadik pekerja korg.kompem aku reject.hehe.

tetibe kan..teringat lak aku kata2 dari sorg motivator ni mase aku g team building company lama aku dulu.die kate...die cite pasal profession perguruan.n sori awal2 la kalau ade yg terasa.igt aku pedulik ? haha.

ok..die kate...most of the cikgu2 yg ade skrg ni..especially yg cikgu2 baru..adalah dari kalangan mereka2 yg gagal dlm interviu company2 swasta...atau mereka yg tidak layak dan tidak mendapat tempat untuk menjadi eksekutif2 di company swasta.

ok korg bole berhenti membaca jap..dan cuba fikirkan berapa ramai kawan2 korg yg x dapat2 keje lps grad..lepas tu decide sambung kpli? x yah nak jawap soklan tu kt aku..simpan je dlm hati.haha


lagi 1 kan...kesian aa anak2 muda zaman skrg..cecewah.kesian sbb..telalu busy sgt bekerja utk mengejar kejayaan..tp terlupa nak menyahut panggilan yg mengajak ke arah kejayaan..MARI MENUJU KEJAYAAN... lu pikiaq la sendiri

Monday, 4 February 2013

100 sunnah Rasulullah


100 Sunnah Rasulullah S.A.W

Dari Amru bin Auf : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menghidupkan sunnahku, kemudian (sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala semisal pahala orang yang mengamalkannya tanpa terkurangi sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Barangsiapa berbuat bid’ah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka.” (0174) Sahih Ibnu Majah

Dan sesiapa yang mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W pada Zaman Kerosakan Umat (zaman kita) dia umpama mendapat 100 pahala Mati Syahid.

1- Tidur Dalam Keadaan Berwuduk

2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur

3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur

4- Berdoa ketika pada waktu malam

5- Doa ketika Bangun Daripada Tidur

6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan

7-BerwudukSebelumMandiَ

8- Baca Doa Selepas Wuduk

9- Jimat Penggunaan Air

10-SelepasWudukSembahyangDuaRakaatَ

11- Menjawab Seruan Azan

12-BanyakBersugiُ

13-KeMasjidAwalُ

14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki

15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang

16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid

17- Sembahyang Berhadang

18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud

19- Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahiyat

20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahiyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam

21-MelakukanSembahyangSunatRawatibْ

22- Sembahyang Dhuha

23-QiyamullaiL

24- Sembahyang Witir

25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki

26- Sembahyang Di Masjid Quba’

27- Sembahyang Sunat Di Rumah

28- Sembahyang Istikharah

29- Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari

30- Mandi Hari Jumaat

31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jumaat

32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat

33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza

34- Sembahyang Jenazah

35-ZiarahKubur-kuburْ

36- Sahur

37-SegeraBerbukaPuasaٍ

38- Menghidupkan Ramadhan

39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan

40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal

41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan

42- Puasa Hari Arafah

43- Puasa Hari Asyura

44- Pilih Seorang Ketua

45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah

46-DoaKetikaSinggahSesuatuTempatَ

47-TerlebihDahuluKeMasjidApabilaBalikDariMusafirِ

48- Doa Ketika Pakai Baju Baru

49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki

50- Baca Bismillah Ketika Makan

51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan

52- Minum Dalam Keadaan Duduk

53- Berkumur Dengan Susu

54- Tidak Mencela Makan

55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan

56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam

57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri

58- Banyak Membaca Al-Quran

59-BacaAl-QuranDenganSuaraYangBagusُ

60-ZikirKepadaALLAHSetiapKetikaْ

61- Bertasbih

62-MendoakanOrangYangBersinْ

63- Doa Untuk Pesakit

64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa

65-BerdoaKetikaMendengarAyamBerkokokُ

66- Berdoa Ketika Hujan Turun

67-BacaZikirKetikaMasukRumahُ

68- Baca Zikir Dalam Majlis

69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas

70-BerdoaKetikaAnginBertiupْ

71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama

72-BerdoaKetikaMendapatMusibahْ

73- Menyebarkan Salam

74- Menuntut Ilmu

75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali

76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir

77- Aqiqahkan Anak

78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan

79-MelawatPesakitَ

80- Senyum

81- Ziarah-Menziarahi Kerana ALLAH

82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang

83- Tutup Mulut Apabila Menguap

84- Sangka Baik Terhadap Manusia

85-MembantuKeluargaDalamKerjaRumahِ

86-SunnahFitrahُ

87- Menjaga Anak Yatim

88-MenjauhiMarahُ

89- Menangis Kerana Takut Terhadap ALLAH

90-Bersedaqah Jariah

91-MembinaMasjidْ

92-Toleransi Ketika Berjualbeli

93-MenghilangkanGangguanJalanٌ

94- Sadaqah

95- Banyak Melakukan Amal Soleh Pada 10 Zulhijjah

96-MembunuhCicakَ

97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari

98- Memberi Nafkah Keluarga

99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf

100- Beramal Soleh Berterusan Walaupun Sedikit